fbpx

“Semua Baju Kurung Cotton Saya Dari Mydin, RM50 Je”

Bahagia melayari kehidupan perkahwinan bersama, suami dan sepasang kembar, sememangnya ramai menjadikan Datin Paduka Eina Azman sebagai idola. Bukan saja cantik, malah seorang yang pandai memasak, pemurah dan sangat rendah diri.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Beberapa minggu lalu, ramai yang memuji penampilan Eina Azman yang sederhana dengan hanya menggayakan baju kurung cotton di majlis resepsi tema ala kampung Fasha dan Aidil yang diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

BACA: Eina Azman Tanggung Kos Rawatan Bayi Derita Ekzema Teruk

Meskipun nampak simple, namun ramai yang mengatakan sudah tentu baju kurung tersebut dihasilkan daripada jenis kain yang berkualiti tinggi dan harga mencecah beribu ringgit.

Menerusi perkongsian terbarunya, pertanyaan netizen itu dibalas oleh Eina Azman dimana beliau memberitahu baju kurung itu dibeli dari pasaraya Mydin dengan harga RM50 sahaja.

Rata-rata netizen tidak menyangka harga baju kurung cantik yang dipakainya itu sebenarnya harga mampu milik. Kata netizen, kalau orangnya dah cantik, pakai baju murah atau mahal pun tetap nampak cantik.