fbpx

Eina Azman Tanggung Kos Rawatan Bayi Derita Ekzema Teruk

Bulan lalu, Eina Azman membantu sebuah keluarga dimana dua orang anaknya menghidap penyakit kulit dan membawa mereka bertemu doktor pakar serta menanggung kos rawatan. Baru-baru ini, Eina Azman sekali lagi menghulurkan bantuan menampung kos rawatan seorang bayi yang menderita penyakit Ekzema kritikal.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Eina meluahkan rasa sayu melihat keadaan bayi tersebut, Thaqif Arjuna yang mengalami gatal-gatal dan badannya sering digaru sehingga berdarah.

BACA: Eina Azman Gembira Datuk & Nenek Nikah Semula Selepas 17 Tahun Bercerai

Eina turut memberitahu kes kali ini lebih teruk dan memaklumkan akan membawa Thaqif ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit serta menanggung kos perubatan sehingga bayi itu sembuh sepenuhnya.

https://www.instagram.com/p/BrSGKuRgdp9/?utm_source=ig_embed

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang dialami oleh adik Thaqif dan memuji tindakan murni pasangan tersebut yang amat prihatin serta bermurah hati untuk membantu bayi tersebut.

Mulia sungguh hati Eina dan suami, diharap usaha pasangan ini boleh dijadikan contoh terutama mereka yang berkemampuan untuk membantu insan yang memerlukan.