Meskipun hangat diperkatakan mengenai isu membabitkan anak tirinya, Marissa Dania dan Abby Abadi, pelakon Memey Suhaiza dilihat tetap tenang dan sering memuat naik hantaran berkenaan perniagaannya.

Biarpun pelbagai kecaman serta hantaran berkenaan kisah lalunya namun Memey tidak melatah mahupun melayan.

BACA:Marissa Nafi Ketepikan Abby Abadi, Tak Lebihkan Norman & Memey

Diruangan komen, ramai yang kagum Memey yang tetap berdiam diri meskipun dilemparkan pelbagai kata-kata negatif. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan setiap manusia melakukan kesilapan dan Allah lebih maha mengetahui segalanya.

Sejak beberapa hari lalu, perkongsian Abby menjadi perhatian ramai apabila memuat naik luahan perasaan trauma sebagai wanita dan sudah penat mental kerana luka yang tersimpan.

×