“Semoga Wanita Kaabah, Bekas Suami Bahagia Selamanya”
Segala spekulasi pendedahan oleh seorang peguam mengenai rumah tangga Da’i Nik Farhan akhirnya terjawab apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya Fatin Nurul Ain dengan talak satu semalam.
Sebenar tadi menerusi Facebook, Fatin Nur Ain tampil menjelaskan segala kekusutan berlaku serta luahan hatinya tentang apa yang melanda rumah tangganya serta segala dakwaan yang telah didedahkan oleh seorang peguam sebelum ini.
BACA: Da’i Farhan Mengaku Cerai Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil
Menerusi kenyataan itu, Fatin mengesahkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun itu berakhir dengan talak satu melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.
Menurut Fatin, kenyataanya itu bukan untuk menagih simpati namun untuk mempertahankan maruahnya dan keluarga apabila didakwa diceraikan kerana nusyuz.
“Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.
“Tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fatin menjelaskan mengenai laporan polis yang dibuat berikutan dia merasakan diri terancam dan perasaan takut serta rasa selamat telah hilang menyebabkan dia membuat laporan polis atas nasihat ahli keluarga.
Fatin berkata dia menerima apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah dan mahu fokus dengan kehidupannya di masa mendatang. Dalam catatan tersebut, Fatin turut mendoakan agar bekas suaminya dan isteri barunya bahagia selamanya.
“Hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.
“Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah diaibkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencemar imej seorang ayah pada anak saya,” katanya.
Terdahulu, Da’i Farhan mengaku sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp tengah hari semalam. Bagaimanapun, pendakwah itu menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap bekas isterinya.
Wanita kaabah? Deep betul maknanya.
Janda anak 8 perampas somi org layak ke dpt gelaran wanita kaabah?!
Another PU ABU detected..
Be strong Fatin..
That guy is not worth crying over..
I wish u lots of happiness..
wlpn org luar kita pun sedih,semoga ini yg terakhir..takde lg wanita yg dianiaya lagi..
Muka kambing
Kah3 tujuan tv3 suku dan rosyam nor wt progrm daie nk lahirkan pendakwah2 cm zakir naik. Tp kt msia betul2 hauk jdnya!!! Bodo tahap bugimak laa diorg ni.
Bertabah lah fatin.. be strong.. makin nyampah lak dgn PU & Dai kat msia ni.. i have nothing against para ulama/ustaz/ustazah.. saya menghormati mereka yg pandai agama tp bkn PU atau Dai from reality show ni.. masa hal si abu saya x nak komen tp bila sorg lg so called ustaz buat benda yg sama gak makin nyampah pulak.. lg menyampah bila farhan kata aura cintanye spt Rasulullah SAW & Siti Khadiah RA.. wat a joke.. sedar diri sikit la bro.. Rasulullah tu maksum.. hang tu daun kesom je.. eh.. geram la pulak.. sorry for the long writing.. hahahaha
Betui tu cik mia. Aku pun actually malas nk masuk campur hal rumahtngga org. Tp jgn la aniaya bini tu eeee geram nya
Pendakwah zaman sekarang ramai tak boleh pakai. Masuk program tv tapi perangai masing2 mcm setan. Abu ngn farhan ni antara contoh. Puiiiiii
Berlapik je dia ckp…lembut dn anggun orgnya. Tidak menyalahkan ex suami dn ex madu…cuma mmpertahankan diri dr tuduhan nusyuz. Jauh beza dgn ex madu yg sibuk mmburukkn Fatin bg mnutup kburukan diri. Moga Fatin diberi kekuatan dn dprmudahkn urusan….dn moga Allah mmberi balasan atas setiap penganiayaan yg dilakukan trhadapnya…aamiin.
Bek. Bek.bek
Pelik..percaya ke yg kedua tu nk jdi slmanya kedua..
Fatin..acik doakan Allah lindungi & mudahkan semua urusan utk Fatin & anak2..
Allah tidak tidur fatin..
Nnt adalah balasannya tu kpd mereka berdua
Allah, sedihnya
Elok dan cermat tulisan nya. Cerminan akhlak nya.
Moga Fatin tabah
Errrr…wonder apa perasaan kawan Fatin tu yg first2 reveal pasai kes ni. Rahsia kena simpan ketat, amanah tu. Moga jadi pengajaran buat semua.
please jgn buat lagi program dai atau PU
Wanita kaabah tu kalau di tengok FB nya lebih kurang mak Jan gatai ….earin radzi..siap dancing n hollowin party lagi …wanita kaabah apa …. Wanita zouk .free hair dr jadian phuii…dr timbang kilo …