fbpx

Da’i Farhan Mengaku Cerai Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil

Sejak semalam tular mengenai khabar angin bahawa Da’i Nik Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain yang sedang sarat hamil anak kedua mereka dengan talak satu apabila tular pendedahan oleh seorang peguam di media sosial.

Akhirnya segala spekulasi terjawab apabila Da’i Farhan mengaku sudah pun menceraikan isteri pertamanya itu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp tengah hari semalam.

BACA: Peguam Dedah Da’i Farhan Cerai Isteri Pertama Melalui WhatsApp?

“Yang cerai itu betul, ustaz ceraikan dia (Fatin) dengan talak satu tengah hari tadi (Selasa),” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Da’i Farhan menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap isteri pertamanya seperti yang didakwa oleh peguam tersebut. Malah Da’i Farhan juga berkata dia tidak berada di luar negara seperti yang didakwa.

“Ini fitnah kepada ustaz sebenarnya, Fatin sekarang berada di kampung bersama keluarganya. Yang cerai itu betul yang lain fitnah,” katanya

Dalam pada itu, Da’i Farhan enggan mengulas lanjut punca dia menceraikan isteri pertamanya.

Sementara itu, rakaman suara lafaz cerai dipercayai milik pendakwah muda itu turut tersebar di media sosial. Lafaz cerai itu berbunyi, ” Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang ceraikan sayang dengan talak satu.”

Menurut sumber terdekat, Fatin kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Bentung Terenggany bagi menguruskan perceraian berkenaan.