fbpx

“Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Teruskan Cerai” – Datuk Red

Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red berkata dia tidak menyangka akan disambut baik oleh isteri keduanya itu ketika pulang pulang ke rumah.

Memetik mStar Online, Datuk Red berkata selepas enam hari keluar mencari kerja dia mengakui bimbang jika Adira tidak mahu menerimanya apabila pulang ke rumah.

BACA: Adira Gembira Datuk Red Dah Dapat Kerja

“Sejak enam hari sebelum itu saya tidak balik dan apabila pulang takut juga nak tahu reaksi Adira, tetapi dia terima dengan baik dan dia nampak ceria.

“Malah dia juga banyak mengajar saya cara-cara untuk kendalikan laman TikTok. Katanya teruskan usaha yang telah saya buat sebelum ini. Semoga ini menjadi asbab dia tawar hati nak teruskan perceraian,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red turut meluahkan rasa syukur apabila menerima banyak tawaran kerja selepas tular video temu bualnya dan tawaran kerja itu mampu menampung perbelanjaan kewangan untuk menyambut hari raya.

“Saya pun terkejut. Sebelum ini hidup saya gelap dan sekarang sudah mula nampak sinar. Bagaimanapun saya kenalah memilih tawaran. Bukannya nak demand, tetapi dalam usia sekarang ini (46 tahun) perlu pilih kerja yang sesuai.

“Dengan tawaran kerja sekarang ini dapatlah saya kumpul modal bagi memulakan perniagaan. Saya rancang nak jual baju. Bila ada perniagaan nanti saya boleh bayar hutang,” katanya.

SUMBER: mStar Online