fbpx

Adira Gembira Datuk Red Dah Dapat Kerja

Penyanyi Adira meluahkan rasa gembira apabila Datuk Red sudah dapat kerja selepas melihat beberapa video suaminya menjadi model jenama baju Melayu serta kerja daripada jenama kambing perap terkenal.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Adira meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar urusan Datuk Red dipermudahkan serta berpesan supaya kerja dengan baik.

BACA: Datuk Red Minta Maaf Kepada Isteri Pertama

Terdahulu, Datuk Red nekad untuk mencari pekerjaan baru demi menampung kehidupannya dan keluarga selepas lima tahun tiada pendapatan tetap.

Datuk Red berkata dia tiada pekerjaan dan terpaksa menumpang belas ihsan Adira selepas diisytiharkan bankrap pada tahun 2019 serta terlalu banyak hutang.