fbpx

“Semoga Aliff Temui Pengganti Yang Lebih Baik”

Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya bertemu titik noktah apabila disahkan bercerai talah satu pada 16 Mei lalu. Meskipun berpisah di usia muda, namun Bella terus bangkit dan tidak mahu terus meratapi nasib.

Sudah puas menangis dengan episod hitam terdahulu, Bella mengakui dia sepatutnya menyayangi dirinya terlebih dahulu dan berhak untuk merasai kebahagiaan.

BACA: “Status Itu Belum Tentu Untuk Saya”

“Bohong jika saya tidak bersedih menerima hakikat perpisahan. Saya puas menangis dan air mata juga sudah kering. Saya tertanya-tanya dalam hati, apa salah dan silap diri ini?

“Saya sepatutnya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu, bukan berkorban segala-galanya, namun akhirnya kepercayaan saya disia-siakan,” katanya kepada BH Online.

Katanya lagi, dia nekad untuk melupakan segala-galanya dan kisah hidupnya bersama Aliff sudah pun tamat. Malah, Bella turut mendoakan
agar bekas suaminya itu akan bertemu dengan pengganti yang lebih baik.

“Saya berharap dengan perpisahan ini, Aliff akan menemui pengganti yang lebih baik. Kami sudah memilih hidup masing-masing, harapnya selepas ini semua berjalan dengan lebih baik.

“Jika tertekan dengan dugaan hidup, pergilah berkawan dengan orang yang betul. Dapat kawan yang salah, hidup akan hancur. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana itu pilihannya selama ini,” katanya.

Apa pun diharap Bella tabah menghadapi ujian ini dan semoga segala urusan selepas ini akan dipermudahkan. Kita doakan yang baik-baik saja untuk Aliff dan Bella.