fbpx

“Selesai Masak, Saya Tengok Ada RM25,000 Tunai Dalam Beg”

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah. Turut bersedih di atas kemangkatan Almarhum, Che Wan yang sememangnya rapat dengan kerabat di Raja Pahang sedari kecil lagi.

Bercerita pengalaman bersama Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, beliau mula mengenali keluarga di Raja Pahang secara dekat ketika menjadi chef di majlis-majlis makan malam yang dianjurkan.

BACA: Chef Wan Minta Maaf Mahu Tampar DS Najib

Menurut Chef Wan, Almarhum baginda seorang yang sangat baik dan suka bersedekah. Menu kegemaran baginda adalah mi rebus hasil air tangannya sendiri.

“Kebaikan baginda menjadi bualan orang ramai. Baginda selalu menjadi orang yang baik, suka bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai. Malah, Baginda juga sentiasa pastikan semua orang dilayan dengan baik.

“Ada suatu ketika, Tuanku ingin merasa mi rebus hasil tangan saya dan malam itu juga saya masak sendiri mi rebus itu untuknya.

“Apa yang mengejutkan, apabila selesai memasak dan pulang ke rumah, saya dapati ada RM25,000 wang tunai dan hadiah seperti telefon baharu keluaran Samsung dan sebuah kamera berjenama Canon di dalam beg perkakas saya,” katanya kepada Astro Awani.

Kata Chef Wan lagi, beliau menghubungi baginda sama ada baginda mungkin tersalah letak dan jawapan yang diterima ialah Tuanku Sultan sendiri meletakkan ganjaran tersebut sebagai hadiah.

Ujarnya lagi, beliau tidak pernah dibayar sebegitu banyak wang hadiah untuk hidangan mi rebusnya.

Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur kira-kira 8.50 pagi semalam pada usia 89 tahun.