fbpx

Selepas Undur Diri Dari Dolla, Syasya Kini Berhijab?

Isnin lalu Dolla mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengunduran Syasya daripada kumpulan tersebut dan ianya atas sebab peribadi. Malah, sehingga kini masih tiada penjelasan daripada Syasya sendiri mengenai perkara itu.

Namun, sejak semalam tular video di media sosial video memaparkan Syasya tampil bertudung di hari raya pertama.

BACA: Syasya Undur Diri Dari Dolla

@nur.syalina

akhirnya muncul jgk dia? semakin cantik Syasya??? #syasyadolla #dollaofficial #dolla #raya2024

? Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Menerusi video yang tersebar di TikTok, kelihatan seorang individu didakwa Syasya tampil berhijab berada di dalam kereta dan video dipercayai dirakam oleh ahli keluarganya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan Syasya mengenakan hijab serta memberikan sokongan atas perubahan baik itu.

Terdahulu, Dolla berkata hubungan mereka berempat sangat rapat dan sudah menganggap Syasya sebagai adik serta akan terus memberikan sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, Dolla berkata mereka akan terus memberikan komitmen penuh serta berusaha untuk berikan yang terbaik untuk para peminat.