fbpx

Selepas Tujuh Bulan Bercerai, Jaclyn Victor Bercinta Dengan Duda

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja selepas bercerai pada Januari lalu, Jaclyn Victor tidak menyangka pintu hatinya akan terbuka buat kali kedua buat mana-mana lelaki.

Selepas tujuh bulan bercerai, Jaclyn mendedahkan dia kini sedang dalam proses mengenal hati budi dengan seorang jejaka berstatus duda. Jaclyn turut menyifatkan kekasihnya itu seorang lelaki yang baik dan mampu menjaga anak-anaknya.

BACA: 5 Tahun Berkahwin, Jaclyn Victor & Shawn Bercerai

“Saya tak pernah jangka akan bertemu lagi dengan lelaki yang dapat menerima status saya sebagai ibu tunggal beranak dua, namun apa yang saya dapat katakan ialah kini saya dah bertemu seseorang.

“Saya gembira dia memang seorang lelaki yang baik. Malah dapat menjaga dan pandai ambil hati anak-anak sehingga mereka memanggilnya dengan gelaran ‘papa’,” katanya kepada mStar Online.

Enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan, bagaimanapun Jaclyn berkata jejaka itu bukanlah dari industri yang sama. Jaclyn berkata di awal perkenalan jejaka itu tidak mengetahui dirinya merupakan seorang penyanyi.

“Biarlah saya simpan dulu siapa orangnya, apa yang pasti dia bukan daripada industri hiburan. Yang lebih menarik dia tidak mengenali diri saya sebagai seorang penyanyi pada awal perkenalan kami.

“Walaupun dia seorang bapa tunggal yang sibuk dengan kerjaya, dia akan sentiasa meluangkan masa hampir saan hari dengan anak-anak saya,” katanya.

Jaclyn sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan R&B antarabangsa Az Yet, Shawn Rivera pada 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.