fbpx

5 Tahun Berkahwin, Jaclyn Victor & Shawn Bercerai

Rumah tangga penyanyi Jaclyn Victor dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan R&B antarabangsa Az Yet, Shawn Rivera, berakhir apabila pasangan itu sah bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Shaw sendiri menerusi Facebook miliknya. Tidak mendedahkan punca perceraian mereka, Shawn mengakui sukar bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah.

BACA: Jaclyn Victor Tidak Mahu Anak Dibesarkan Di Amerika Syarikat

“Sebagai selebriti, tidak dinafikan kami terdedah dengan pelbagai tanggapan masyarakat dan menjadi amalan manusia untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

“Justeru, tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berdosa,” tulisnya.

Ujarnya lagi, mereka sudah cuba untuk menyelamatkan rumah tnagga mereka namun tidak dapat meneruskannya selepas sudah lebih setahun tidak tinggal bersama. Katanya lagi, dia dan Jaclyn tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

“Kami sudah cuba melakukan yang terbaik untuk perkahwinan kami namun selepas tinggal berjauhan lebih setahun membuatkan kami tidak mampu sesuaikan diri dengan perbezaan masing-masing.

“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak,” katanya lagi.

Pasangan ini berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.