Sebelum ini hidangan nasi ayam yang dijual oleh usahawan Datin Noor Kartini berharga RM26 sebekas mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Menerusi video dikongsikan Nona, Kartini meluahkan rasa syukur hidangan yang dijualnya mendapat perhatian dan sekaligus membuatkan menu tersebut tular.
BACA: “Ayam Besar” – Ibu Neelofa Jual Nasi Ayam RM26, Ramai Puji Nampak Sedap
“Ada orang kata, ‘kenapa masih nak jual nasi ayam? Esok-esok keluar kereta baharu, pergi haji balik harilah.’ Janganlah fitnah begitu.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat, selepas RM26 nasi ayam saya tular, nama nasi ayam meledak sekarang,” katanya.
Sementara itu, Kartini berkata hidangan tersebut kini turut menjadi fenomena sekaligus dapat membantu peniaga nasi ayam lain.
Malah, Kartini turut menjelaskan mengenai harga RM26 yang dikenakan menjadi perhatian berbanding jika nasi ayam tersebut dijual pada harga rendah.
“Orang-orang dari luar Kuala Lumpur dan yang jauh, apabila mereka teringin nak makan nasi ayam, mereka akan pergi ke kedai. Seperti di Kelantan, Johor, Melaka dan sebagainya. Jadi, Alhamdulillah nama nasi ayam dah jadi satu fenomena.
“Disebabkan RM26, kalau saya buat RM8, siapa yang nak kisah? Saya pun gembira sebab sekarang peniaga-peniaga nasi ayam boleh kembangkan lagi perniagaan mereka dan makin maju serta berkat. InsyaAllah dapat membantu kewangan keluarga,” katanya.