fbpx

Jujurnya, kami sang lelaki ini tahu akan kewujudan jenama Lipice pun kerana penangan Lisa Surihani yang sebelum ini memegang gelaran Malaysian Darling. Kini giliran Wawa Zainal?

Dalam satu jemputan kepada media, Lipice Malaysia bakal mengumumkan duta baru mereka iaitu Wawa Zainal dalam satu majlis sekitar minggu hadapan selain memperkenalkan barisan pelembap bibir Lipice yang ada di’pasaran.

Aktress yang popular dengan lesung pipit di’kalangan peminat ini pernah membintangi drama bersiri KLIK & sebenarnya lebih terkenal dengan wataknya, Bunga dalam drama siri remaja Ana Lu’Lu — juga merupakan artis naungan MIG.

Wawa Zainal juga berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi.

Ketika Lisa Surihani menjadi duta, kami sukakan hasil sessi fotografi Lipice Malaysia yang ringkas tetapi menonjolkan sisi remaja beliau ketika itu. Harap’nya ada pembaharuan lebih baik buat Wawa Zainal nanti.