fbpx

Hari Sabtu kita mulakan dengan berita yang kurang gembira buat mereka yang meminati Muzik FM.

Khabarnya, Oktober 2011 merupakan bulan terakhir Muzik FM akan bersiaran menghiburkan para peminat muzik tempatan sebelum di’tutup dan di’gantikan dengan konsep baru.

Menurut sumber, arahan penutupan ini datang’nya dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atas alasan untuk mewujudkan sebuah saluran radio baru sebagai penyebar informasi sempena pilihanraya akan datang.

Konsep baru radio yang bakal menggantikam Muzik FM ini tidak asing lagi bagi pendengar Nasional FM — 60% bual bicara, informasi, forum dan 40% selebihnya adalah hiburan mendidik masyarakat.

Agak mengarut juga tindakan untuk menutup Muzik FM ini kerana jika benar benar kerajaan mahu mendekati golongan muda, Muzik FM merupakan platform radio terdekat yang mereka ada.

Masih teringat nostalgia zaman populariti Radio Muzik, saban minggu setiap hari Sabtu akan menunggu depan radio untuk merakamkan lagu lagu hitz yang masuk carta. Hmm.