Selepas ‘Dibuang’ Syamsul, Aaron Aziz Dapat Offer Berlakon Filem Yusof Haslam
Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam menawarkan peluang lakonan kepada aktor Datuk Aaron Aziz dalam filem terbaharu terbitan produksinya Skop Productions.
Memetik mStar Online, Yusof berkata beliau mengambil Aaron berlakon adalah secara kebetulan apatah lagi pelakon itu digugurkan dan tiada niat lain.
BACA: Bukan Tarik Diri, Aaron Aziz Akui Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof
“Sebenarnya pada ketika itu saya memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.
“Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.
“Benda ini tiada niat, Syamsul itu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada (niat) itu,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata dia tidak mahu mengambil tahu mengenai kemelut melanda antara Aaron dan anaknya serta mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Bagi saya mungkin ada salah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digugurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat. Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa prejudis.
“Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya… begitu juga dengan Aaron. Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik,” katanya.
Sementara itu, Yusof mengakui sedih apabila ada yang berkata mahu memboikot filem arahan Syamsul kerana kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah.
“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.
“Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, itu masalah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia,” katanya.
Terdahulu, Aaron mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Bagaimanapun, Aaron enggan mendedahkan punca dia dibuang kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.
- SUMBER
- mStar Online
Alah sejak filem munafik 2 dan mat kilau ada org suruh boikot filem Syamsul tp dua2 filem tu tetap box office dan pecah segala rekod. Lg pun isu peribadi dia dgn isteri x melibatkan kepentingan umum pun. Kalau dia salah guna duit rkyt ke, kalau dia curi harta rkyt marhain ke patut laa dia diboikot.
@Renjis ler selagi nak renjis kan, tepunglah selagi nak tepung tapi mau ingat durhaka pada org tua pasti ada balasan hahahaha….
bagus pak yusof ni bg statement win2 situation…
x laga2 kn sesiapa… wartawan pn senang hati nk taip..xde kontroversi…dh boleh close dh citer ni…
mestilah kena boikot. biar IK hidup susah sama sama ngan dia buat filem tapi tak pulang modal. biar IK pulak tanggung hidup dia
Tok Usop pun takleh nk marah sgt sbb tu pun anak kandung dia. Sebenarnya dr dlu lagi dia mmg xsebulu dgn anak dia si Sol ni..even film Maria Mariana tu pun based on his real story..between his stepson (Faisal) and realson(Sol).
Mmg Sol ni suka rebel dari kecik. Tak mcm anak tiri dia yg sgt mendgr kata.
Kita doakn semoga hubungan mereka tambah baik, dan jgn doa n cakap bukan2, sbb semua akan berbalik pd diri sdri nanti.
Bila masa kwin 2 jd durhaka pd mak bpk pulak? Dia laki2 kalau nk kwin 4 pun x perlu mintak izin mak bapak dia pun! Kdg2 yg terlebih bodoh org awam yg xde kena mengena dgn family dia ni pulak terlebih nk terasa. Mcm laa laki mrk yg kena kebas
Derhaka la kalau tak dgr cakap org tua. Bodohnya kau ni kan @ Mcm Pelik Jer….kalau bantah ckp org tua derhaka, membuat org tua menangis lagilah derhaka….tulah small small u don’t want to study, big big u bodoh like Dory!
Nama filem usop aslam ni ialah Air diCincang Tak Akan Putus
Elok kalau Kazar Saisi juga di ambil. Kerana beliau antara pelakon paling berbakat di Malaysia. Amat malang kerana ramai yang tidak sedar. Kazar ni adalah “a hidden diamond”.
Kazar zakar sesuai watak gelandangan diselamatkan oleh org kaya..atau org minyak Cekau duit.
Kazar dh x larat ooiii..sesuai watak tokwan2 dah.