fbpx

Selepas Bina Masjid, Aeril & Wawa Nak Buka Pusat Tahfiz

Perancangan untuk membina sebuah masjid sudah pun tercapai, pasangan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meluahkan hasrat mereka untuk membuka sebuah pusat tahfiz pula.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menurut Wawa, ia merupakan salah satu impiannya dengan suami selain perancangan untuk membina masjid. Ujarnya, mereka bekerja keras mencari duit untuk turut sama membantu orang lain dan bersedekah.

BACA: Aeril Zafrel Minta Penduduk Sabah Di Zon Merah DM Untuk Bantuan

“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.

“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” katanya.

Berkongsikan perkembangan mengenai pembinaan masjid di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor, Wawa berkata proses pembinaan akan bermula Disember ini.

“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.

“Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” katanya.