Prihatin dengan kesusahan yang dialami rakyat Sabah susulan perningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negeri itu, pelakon Aeril Zafrel mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aeril meminta sesiapa yang memerlukan bantuan untuk menghubunginya menerusi ‘direct message’ (DM) berserta nombor akaun bank dan dia akan memberikan sedikit sumbangan.
BACA: Netizen Tegur Aeril Zafrel Jangan Tayang Kemewahan Di Media Sosial
Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis yang memuji tindakan pelakon itu dalam membantu meringankan beban masyarakat Sabah.
Malah, rata-rata netizen turut mendoakan Aeril sekeluarga akan terus dimurahkan rezeki dan sentiasa amendapat perlindungan Allah. Malah, ramai berharap tindakan pelakon itu dapat dijadikan contoh buat selebriti lain.