fbpx

Selepas Berlakon, Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi

Selepas bergelar model dan pelakon, nampaknya Haneesya Hanee bakal melebarkan sayapnya dengan bergelar seorang penyanyi pula. Malah, gadis berusia 19 tahun itu bakal tampil dengan sebuah single baru tidak lama lagi.

Akui pada awalnya tidak yakin untuk menyanyi, Haneesya berharap percubaannya untuk bergelar penyanyi mendapat respon positif daripada peminatnya. Menurut Haneesya lagi, lagu singlenya itu adalah inspirasi daripada kehidupannya sendiri.

BACA: Haneesya Hanee Dikecam Guna Kata-Kata Terakhir Sulli

“Saya akan tampil dengan lagu duet kolaborasi bersama sebuah band. Buat masa ini, saya tidak boleh kongsikan nama band ini, tunggu sahaja single kami yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

“Pada awalnya memang saya tidak yakin untuk menyanyi, namun kumpulan ini beri galakan. Malah, mereka kata lagu ini dihasilkan kerana mereka mendapat inspirasi daripada kisah jatuh bangun saya dalam industri.

“Yang penting lagu yang bakal keluar ini, kami tidak memerli mana-mana pihak termasuk satu kumpulan lain. Bagi saya dalam mencari rezeki, kita janganlah gunakan kejatuhan seseorang sebagai sumber rezeki kita sebab tidak tahu keberkatan rezeki kita jika kita berbuat demikian,” katanya.

Dalam pada itu, Haneesya berkata dia bakal sibuk dengan program Miss Pink Lady Asia (MPLA) yang membariskan model profesional dari seluruh Asia bermula Januari depan. Difahamkan, konsep program tersebut sama seperti America’s Next Top Model.