fbpx

Haneesya Hanee Dikecam Guna Kata-Kata Terakhir Sulli

Sejak memang Artis Baru Wanita Popular di ABPBH baru-baru ini, nama Haneesya Hanee sering menjadi bualan ramai. Lebih hangat apabila ibunya mahu menyaman netizen yang mengutuk dan memberikan gelaran melampau terhadap anaknya.

Mungkin tidak tahan dengan kecaman dilemparkan terhadap dirinya, Haneesya membuat keputusan mengundurkan diri daripada laman Twitter. Menerusi status tersebut, Haneesya turut memohon maaf kepada netizen.

BACA: Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

Bagaimanapun, statusnya itu menimbulkan kemarahan netizen apabila mendapati kenyataan tersebut seakan sama seperti kata-kata terakhir selebriti K-pop, Sulli yang ditemui mati di kediamannya petang semalam.

Rata-rata netizen menyelar tindakan Haneesya seolah sengaja menagih simpati. Ada meluahkan rasa tidak puas hati dengan menyifatkan perbuatan Haneesya itu tidak sensitif kerana ramai yang bersedih di atas apa yang berlaku kepada artis Korea itu.

Meskipun dikecam teruk, bagaimanapun status tersebut masih belum dipadamkan lagi dari akaun Twitter Haneesya.