fbpx

Selepas Bergelar Suami, MK Jaga Batas Dalam Lakonan

Kini bergelar suami kepada Siti Hajaar, penyanyi dan pelakon MK K-Clique berkata dia akan lebih berhati-hati dan menjaga batas dalam lakonan.

Memetik Utusan Online, MK berkata sebagai suami ada had yang perlu dijaga supaya tidak menjaga batas.

BACA: Tampil Berjubah Ketika Berbulan Madu, Netizen Puji Penampilan Isteri MK

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

“Bahkan dalam lakonan itu sendiri, tidak semudah itu untuk seorang pelakon melangkaui batas.

“Saya tahu perkara yang perlu saya jaga dan tidak akan sewenang-wenangnya melanggar had sebagai seorang suami. Jadi semestinya saya akan jaga perkara itu,” katanya.

Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sah bergelar suami kepada Siti Hajaar pada 16 Jun lalu dengan sekali lafaz dalam majlis diadakan di Masjid Jami’il Huda, Ampang.