Baru sahaja diuji apabila kehilangan bapa tercinta kerana Covid-19 pada 8 Julai lalu, penyanyi dan pelakon Indonesia Irwansyah berdepan ujian berat apabila ibunya pula pergi menghadap Ilahi hari ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Difahamkan, arwah ibunya, Herliana Sanusi yang sebelum ini koma namun sempat sedarkan diri baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia.
BACA: 10 Tahun Menanti, Irwansyah Sebak Azankan Anak Sulung
“Innalillahi Wainnalillahirojiun. Semoga alharhum Mama Herliana Binti Sanusi husnil khotimah. Dilapangkan kuburnya, diterima amal ibadahnya dan disiapkan surgaNya Allah.
“Saya masih berjuang dan mama minta anak-anaknya juga berjuang buatnya,” ucap Irwansyah menerusi satu video di YouTube.
Sebelum ini, Irwansyah sempat berkongsikan mengenai keadaan ibunya yang telah sedar dari koma. Malah ibunya sebelum ini ibunya kritikal sehingga memerlukan penderma darah.
Difahamkan, Irwansyah sendiri sudah pasrat untuk melepaskan ibunya dengan menganggalkan segala alat yang dipasang ketika koma. Namun, dengan kuasa Allah ibunya tiba-tiba sedar dari koma.
“Mama tiba-tiba koma dari koma selepas mendengar ayat suci Al–Quran. Mama angkat tangan untuk beri signal kepada jururawat bahawa dia masih hidup dan sedang berjuang,” kata Irwansyah.