fbpx

10 Tahun Menanti, Irwansyah Sebak Azankan Anak Sulung

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar selamat menimang cahaya mata sulung mereka.

Berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram dan YouTube, pelakon itu turut memuat naik detik dimana isterinya memasuki bilik bersalin.

BACA: 10 Tahun Kahwin, Irwansyah Dedah Isteri Selalu Minta Cerai

Irwansyah turut mengumumkan nama anak lelaki mereka yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki. Pada awalnya, mahu bersalin secara normal namun terpaksa melalui kaedah ceasarean atas saranan doktor.

Menerusi satu video tular di TiTok, Irwansyah seperti sebak ketika mengazankan anak sulungnya sebaik sahaja dilahirkan.

https://www.tiktok.com/@puutset/video/6945442032437497089?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Rata-rata peminat dan netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan itu apatah lagi sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata serta mendoakan Ukkasya menjadi anak yang soleh.