fbpx

Selepas 3 Tahun Episod Duka, Intan Saleh Kembali Bergelar Isteri

Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh akhirnya kembali bergelar isteri.

Menerusi Instagram, Intan berkongsikan video majlis pernikahannya yang akhirnya sah bergelar isteri kepada seorang jejaka yan dikenali sebagai Aizam Yahya.

BACA: Intan Saleh Belum Sedia Maafkan Izreen

Pasangan pengantin itu dilihat cantik dan segak mengenakan sepersalinan berwarna peach. Intan dilihat sebak ketika suami menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Menerusi satu perkongsian lain, Intan memuat naik gambar bersama suami dan dua anaknya di hadapan pelamin serta kapsyen berharap rumah tangga yang dibina kali ini kekal hingga ke syurga.

Perkongsian Intan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah serta mendoakan perkahwinan kedua Intan akan berkekalan.

Terdahulu, Intan Saleh pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude. Namun, bercerai lima tahun berumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki.