fbpx

Selepas 17 Tahun, Rashidi Ishak & Vanidah Imran Bercerai

Status rumah tangga pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran akhirnya terjawab apabila aktor itu mendedahkan bahawa mereka sudah pun bercerai pada 9 Ogos tahun lalu selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu didedahkan oleh Rashidi sendiri menerusi akaun Instagramnya malam tadi. Menurut Rashidi, dia terpaksa merahsiakan perkara itu demi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak selain mahu menjaga privasi.

BACA: Gosip Sudah Bercerai, Vanidah Imran Tak Kuasa Layan

“Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah menfailkan pembubaran perkahwinan kami. Secara rasmi di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami menamatkan perkahwinan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan persefahaman.

Rashidi turut mengakui kelemahannya sebagai ketua keluarga dalam memimpin rumah tangga antara punca perceraian mereka.

“Pentadbiran yang gagal dalam mana-mana institusi adalah disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Dalam perkahwinan kesalahan keruntuhan pasangan adalah terletak pada Imam. Saya bukan sama sekali seorang Imam yang baik,” tulisnya.

Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.