fbpx

Gosip Sudah Bercerai, Vanidah Imran Tak Kuasa Layan

Memetik laporan mStar Online mengenai sebuah ruangan gosip sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, pelakon Vanidah Imran turut dilanda gosip mengenai kisah rumahtangganya yang didakwa sudah pun berakhir. Bagaimanapun Vanidah mempunyai jawapan tersendiri bagi dakwaan tersebut.

BACA: Mufti Perak Saran Vanidah Imran, Rashidi Ishak Rujuk Pejabat Agama

“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” jelasnya kepada portal berita tersebut. Khabar angin mengenai status hubungan pasangan ini mula menjadi perhatian apabial mereka dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Melalui berita mStar juga, pasangan ini didakwa sudah berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah.

Vanidah dan suaminya, Rashidi diijabkabul pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika. (rtky/s)