Selepas 13 Tahun, Will Smith & Jada Pinkett Smith Berpisah?
Berita ini benar benar mengejutkan kami. Pasangan ini tampak bahagia tanpa masalah.
In Touch Weekly baru sahaja melaporkan yang pasangan Will Smith & Jada Pinkett Smith sudah mengambil keputusan untuk berpisah.
Tabloid hiburan itu memberitahu yang sumber terdekat dengan pasangan ini mendedahkan perkara ini secara eksklusif kepada mereka.
Namun, apabila pihak TMZ menghubungi wakil Jada Pinkett Smith, beliau agak keliru & menyatakan tidak tahu menahu tentang perkara ini.
UPDATE 1 – Anak Will Smith dari perkahwinan pertama, Trey Smith menulis di laman Twitter menafikan perpisahan ibu bapa mereka.
Sehingga artikel ini di’tulis, masih belum ada apa-apa pengumuman rasmi dari wakil kedua-dua mereka. Kita nantikan perkembangan. Stay tuned!