Penyanyi comel ini tiada perancangan untuk meneruskan pelajaran.

Selena Gomez yang berusia 19 tahun berkata beliau terbuka dengan idea untuk kembali menuntut ilmu di’menara gading tetapi sekarang bukan masanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Who Says‘ ini kini sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjalanan karier beliau. Sound cliche.

Bercakap kepada The Ralphie Radio Show semalam, Selena Gomez mengakui sedang gembira dengan karier beliau & rangka konsert beliau hari ini.

Selena Gomez yang masih kekasih Justin Bieber ini turut menafikan laporan yang beliau akan membuat kemunculan khas dalam siri drama Sex and the City.

Beliau berbangga kalau benar produksi Sex and the City mahukan beliau dalam siri TV tersebut tetapi tiada sesiapa berjumpa menyatakan hasrat tersebut. via MSN Malaysia