fbpx

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami

Hari ini mungkin hari terakhir anda melayari Rotikaya.com dalam bulan Ramadhan & kami percaya petang ini ramai akan berarak pulang ke kampung.

Pandu kereta hati hati, jika anda penumpang, sentiasa peka dengan keadaan pemandu anda, jangan banyak tidur. Heh.

Yang masih belum shopping baju raya, masih ada seluruh hujung minggu untuk anda. Cuma, beli apa yang patut sahaja, membazir bukan pilihan bijak.

Raikan Aidilfitri dengan hati yang terbuka, maafkan semua orang dalam hidup kita — tidak kira berdepan atau hanya dalam hati.

Kami warga kerja Rotikaya.com memohon ampun & maaf kepada semua pembaca, para selebriti  & individu yang pernah berurusan dengan kami.

Jauh dalam hati kami, kami sudah memaafkan semua. Harap kita boleh ‘kosong kosong’ bersempena Aidilfitri. Selepas raya, kita gossip lagi.

Until then, rock your Aidilfitri on!