fbpx

Jika anda mengikuti Instagram Noki K-Clique, pasti ramai menyedari penyanyi yang kini sudah bergelar pelakon itu sering berkongsikan fotonya menayang badan.

Memetik Kosmo, Noki mengakui sering menerima mesej daripada peminat pelbagai lapisan umur, malah ada yang berani menghantar gambar tidak senonoh serta mengajaknya ke ‘katil’.

BACA: Noki Tak Tolak Jodoh Dengan Fatin Afeefa

“Jujur macam-macam mesej saya terima daripada makcik, perempuan, lelaki dan pelbagai orang. Paling ekstrem ada yang sampai hantar gambar bogel berulang kali dan ada yang ajak bermesra sampai ke katil,” katanya.

Dalam pada itu, Noki sedar bahawa apa yang terjadi juga disebabkan salahnya sendiri kerana sering menayang badan di media sosial.

“Tapi macam saya katakan, benda yang negatif dan buruk akan saya delete (padam), mana yang baik saya akan layan dan balas.

“Lagipun saya rasa ini salah saya juga sebab selalu ‘belanja’ gambar badan. Insya-Allah lepas ini saya akan ubah perkara tersebut supaya tak berulang lagi kejadian sama,” katanya.