fbpx

Noki Tak Tolak Jodoh Dengan Fatin Afeefa

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai kemesraan pelakon sensasi Fatin Afeefa dengan ahli kumpulan K-Clique iaitu Noki ketika di IG Live dan saling berbalas komen sehingga menjadi bualan ramai.

Mengulas mengenai gosip dikatakan mempunayi hubungan cinta dengan Fatin, Noki berkata mereka hanya berkawan rapat sahaja. Katanya, mereka pada awalnya merancang untuk bekerjasama dalam sebuah lagu namun tidak kesampaian atas sebab tertentu.

BACA: Fatin Afeefa Tak Tolak Jodoh Dengan Noki

“Kami memang kawan, saya kenal Fatin sebab kami rancang nak buat lagu, tapi ada sebab-sebab tertentu lagu itu tak jadi.

“Kami kadang-kadang saja berhubung, kadang-kadang komen di Instagram, dan ya boleh cakap kami rapat sebagai kawan,” katanya.

Dalam pada itu, Noki menyifatkan Fatin seorang yang comel dan manja. Kata Noki lagi dia tidak menolak seandainya sudah ditakdirkan bertemu jodoh dengan Fatin.

“Semua orang tahu kalau cakap Fatin tu comel dan bagi Noki dia manis, orang yang manja, tapi kami cuma kawan. Kalau sudah itu ketentuan Allah kami dijodohkan saya tak boleh nak tolaklah,” katanya.

Terdahulu, Fatin menyifatkan Noki seorang lelaki yang baik serta mempunyai ciri lelaki idamannya iaitu soft spoken dan juga pendengar yang baik. Malah, dia menerima hati yang terbuka andai bertemu jodoh dengan Noki.