fbpx

Selalu Rasa Down? Come On Geng, Chin Up & Buat Benda Ini!

Kadang-kadang kita rasa dah cuba buat sesuatu yang terbaik dalam hidup. Macam-macam usaha dah buat tapi still juga rasa hampa. Rasa lelah, putus asa jer setiap masa sampaikan rasa diri tu tak guna dalam hidup ni. Hurm. Ada yang macam ni tak?

Korang jangan stres-stres dulu, setiap benda yang berlaku dalam hidup ni ada hikmahnya. Persetankan dengan semuanya. Jangan ambil kisah dengan masalah yang ada dalam hidup korang tu. Kita hidup hanya sekali. So, buat jer apa yang korang rasa nak buat asalkan tidak memudaratkan diri. Abaikan mulut-mulut makcik bawang yang selalu judge korang tu okay.

Nak capai sesuatu dalam hidup kena banyak bersabar dan usaha keras! Tapi jangan sampai abaikan kesihatan mental korang. Disamping korang nak capai goals dalam hidup, boleh tenangkan diri dengan buat perkara yang boleh membuatkan korang gembira!

via GIPHY

So korang boleh tengok list yang kami beri kat bawah ni untuk naikkan semangat dan bertenang:

1. Layan Drama Korea

Haa mana peminat oppa tu~~~ Mesti korang excited kan kalau tengok oppa yang hensem dan sedap mata memandang tu. Kalau layan drama Korea ni memang auto marathon sampai habis semua episod! Kalau korang macam ni kita geng! Hahaha.

Korang tahu tak yang layan drama Korea boleh hilangkan rasa stres. Korang boleh enjoy jer layan drama Korea ni. Nak pula kalau yang bergenre romantik tu, haish blushing teruk kalau tonton weh!

2. Pergi Healing

Pada korang yang ‘kaki travel’ pula, boleh lah jadikan tempat tarikan sebagai tempat healing korang. Alah tak payah nk berhabis duit pergi luar negara, dalam negara pun korang boleh enjoy dan release kan stres korang tu.

Tak semestinya pergi healing kena tempat yang exclusive atau tempat yang jauh dari korang. Pergi pantai pun dah cukup dah. Asalkan ‘lari’ dari perkara yang korang selalu buat hari-hari.

3. Window Shopping

Shopping time~~ Fuh ini memang favourite evahh! Haha. kalau pergi mall memang terasa beban di dada tu hilang. Tak perlu ada duit berkepuk dalam purse tu, cuci mata pun dah cukup happykan diri dah. Terapi mata lah katakan, hehe. Korang ada yang macam ni tak?

4. Mendengar Muzik/Menari

Geng introvert yang tak suka berjalan sana sini atau jumpa orang boleh jer stay dalam bilik dan mendengar muzik yang boleh tenangkan hati korang!

Sambil-sambil bernyanyi dan menari dalam bilik tu, korang karok lah sekali. Tiada siapa pun nak marah tau. Hahah. Tapi make sure bilik tu kedap bunyi, kang tak memasal korang kena rembat dengan penyapu oleh mak korang tu. Haha!

5. Snacking!

Kalau bab mengunyah ni memang geng perempuan yang menang, haha! Salah satu benda nak hilangkan stres korang tu boleh jer kalau korang nak makan snek. Eleh…tipu sangatlah kalau korang cakap tak suka dengan snek. Macam-macam jenis snek yang korang mesti dah cuba kan? Kekacang, coklat, buah, kuih-muih dan banyak lagi lah.

Tapi yang paling love adalah snek yang mudah nak makan dan senang dibawa kemana-mana macam Pocky! Kalau jumpa Pocky ni memang wajib beli geng. Dengan rasanya yang sedap fuh memang selalu grab lah.

Snek kegemaran ramai yang mempunyai lima flavor ini bukan jer sedap dengan kandungannya yang premium dan batang biskut yang crunchytu tapi bila makan tu terasa happy jer, yelah benda sedap pula kan. Memang teringat-ingat weh!

Paling sweet bila korang kongsi pula dengan kawan-kawan atau famili korang masa tengah lepak tu, masa tu mesti akan rasa berkualiti sangat masa korang. Nak pulak bulan ini kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan, inilah masanya kita kumpul sama-sama sambil menikmati Pocky!

Weh, Kena Join Contest Ni!

Eh alang-alang dah bercerita tentang Pocky ni sambil korang nak hilangkan stres, boleh masuk contest Pocky, ‘Semarakkan Kegemilangan Malaysia’ ni! Kita sebagai rakyat Malaysia tentu ada impian untuk hebatkan negara tercinta kan?

Korang boleh menang hadiah gempak tau! Hadiah wang tunai dan banyak lagi hadiah gempak tersedia untuk korang! Sambil scrolltelefon tengok TikTok boleh buat content sempena Hari Kemerdekaan yang bakal kita sambut nanti.

Come on gais, kita kena rasa lebih bersemangat untuk diri sendiri. Pocky nak korang rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan dengan penuh bersemangat! Kejar impian dan matlamat!

Nak join peraduan ni senang sangat gais.

1. Beli Pocky jumlah RM10 (bukan buatan Jepun) dalam satu resit.
2. Lengkapkan kapsyen “Apakah ciptaan atau teknologi yang anda ingin ciptakan untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih hebat?.” Jawapan tak lebih 35 patah perkataan.
3. Sertai peraduan di sini bitly.ws/RwGH atau WhatsApp ke 019-3773360 beserta Nama, No. Kad Pengenalan dan Jawapan anda.

Peraduan bermula 1 Ogos hingga 17 September 2023. Selamat Mencuba!