Nora Danish Tak Senang Duduk Tengok Filem Mat Kilau, Sampai Tangan Basah
Meskipun sudah lebih sebulan di tayangkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masih hangat diperkatakan apatah lagi mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip RM90 juta.
Pelakon jelita, Nora Danish juga tidak melepaskan peluang untuk menonton filem epik Melayu itu di pawagam.
BACA: Nora Danish Makan Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Persoal Status Halal
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Nora berkata dia mahu mempelajari ilmu silat selepas terpegun melihat setiap bunga dan langkah silat yang dipersembahkan dalam filem tersebut.
Nora turut menceritakan pengalamannya menonton filem tersebut dimana dia tidak boleh duduk diam dan tangannya berpeluh.
“Tangan basah tau tengok cerita ni. Sangat-sangat mencemaskan. Tak senang duduk dibuatnya. Macam tengok WWF pun ada,” katanya.
Dalam pada itu, Nora turut memuji pengarah filem tersebut yang bijak mengambil ‘angle’ sehingga semua sudut nampak cantik dan kemas.
Namun, Nora meluahkan rasa kecewa tentang pengakhiran filem itu dimana watak Wahid yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy mati di tangan pembunuh upahan British.
- SUMBER
- Cari Forum
Kah3 tngn basah ko pegang apa masa tngk tu ..
Mcm tngk wwf??? Wwf skang mana best mcm dulu2 di tahun 80-90an. Bosan tngk wwf skang kalo mat kilau mcm wwf bosan la maknanya! Pd hal mat kilau ada bnyk elemen yg lbh menarik banding dgn wwf. Ia ada mainan rasa kasihan bila tngk org2 kg dibunuh askar upahan British! Kita rasa bersemangat bila tngk aksi mat kilau dan kwn2 bersungguh2 melawan penjajah walau serba kekurangan. Citer psl kematian wahid tu kira plot twist laa sbb kalau dia x mati dia nmpk hero pulak lebih dari mat kilau sbb mat kilau yg bunuh toga utk balas dendam.
Kalau xde adegan org kg kena serang, bunuh dgn Inggeris citer Mat Kilau ni mcm tngk drama Samsul Gerak Khas undercover jek. Samsul bukan la sorg story teller yg baik dlm mengarap sebuah filem. Dia punya citer level2 drama cinta melayu jek yg selalu trending kt TV tu sbb ia dpt sambutan! Sbb ia mmg feel penonton drama melayu punya level! Samsul boleh jer gunakan karekter fictional sbg sorg pembesar melayu yg membelot dan berkerjasama dgn Inggeris utk tngkp Mat Kilau sbb dlm sejarah sebenar pembesar2 melayu yg bermuka2 inilah yg jadi punca kenapa Tanah Melayu dijajah dan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah gagal! Ramai pembesar2 melayu hanya nak jaga kepentingan diri masing2 dan keluarga masing2 saja! Tp Samsul cuma gunakan watak Fattah Amin dan A.Galak saja utk memudahkan cerita. Jadi kita x nmpk permainan plot dan karakter development yg benar2 mencabar utk menhidupkan cerita ini. Bagi aku citer ini meletup sbb ramai org politik support dan bnyk individu serta ngo2 pro melayu sponsor org melayu utk tonton. Jadi bukanlah sbb penonton sebenar yg turun nak tengok ke wayang tp sbb ramai org tngk secara free! Jadi kt mana epik citer ni????
Betul jugak ek, dlm media bnyk betul kita boleh ada jek pihak bawak bdk tahfiz, warga emas ( warga oku xde pulak ), anak yatim, murid skola, ahli2 parti politik samada dari DAP, Amanah, Umno, kelab2 dan ngo dll ahli msykt yg dtg beramai2 ditaja utk tngk filem ni atas dasar rasa patriotisme. Fenomena ini x pernah berlaku dlm citer Leftenan Adnan, Embun, Bkt Kepong dsbnya pun!
Nak tngk jln citer korg tngk laa filem Hanyut arahan Allahyarham Uwei Asaari tu. Adi putra ada berlakon dgn Diana Daniel. Si Bront Palare pun ada selain ramai pelakon2 omputeh yg aku x knl! Citer tu mmg story driven bkn action movie mcm mat kilau tu. Tp bosan sebenarnya citer2 mcm tu sbb tu x dpt sambutan kt pawagam! Bak kata SY bukan dia xnk buat tp dia mmg tau risiko buat citer2 mcm tu mmg susah jual kt pawagam Msia ni.
Sebenarnya bkn market Msia je yg susah nk jual citer2 yg serious atau berat tema citer dia. Kt luar negara pun sama tp sbb filem2 luar tu mrk pasar kt serata ceruk dunia lps tu mcm2 medium mcm tv, streaming channel beli citer2 mrk tu yg untung! Filem kita ni buat utk market yg agak kecil sbb tu bnyk pihak x berani nak ambil risiko buat cerita yg x komersil. Kita tngk drama2 kt tv je dah cukup. Drama2 yg trending dan popular pun bkn drama2 yg sarat dgn kisah yg penuh tauladan dan lakonan yg hebat atau pengarahan yg luarbiasa. Tp drama2 dgn tema yg sama yg disukai kira2 11- 13 juta penonton pd satu2 masa. Lg 20 juta lg rkyt Msia tonton apa???
Cuba korg bayangkan Nora bersilat hehehe
Rezeki dia laa…
Da tua tkyah silat silat laa….tgk org silat dia pun nk silat .diam diam sudah..hehehehe
Aduuuuuuuuh… Kesian Nora ni mmg mcm2 dia lalui mmg iron women. Harap dia boleh berkolobrasi ngan puteri Sarah dalam filem baru. Mmg best sgt tak sabar nak tgk mesti pecah panggung nnti kan.
Aduuuuuuuuh… Kesian kak Nora ni mmg mcm2 dia lalui mmg iron women. Harap dia boleh berkolobrasi ngan puteri Sarah dalam filem baru. Mmg best sgt tak sabar nak tgk mesti pecah panggung nnti kan.
BUAT PILEM TUN FATIMAH PULAK AAAH… NORA DANISH JADI PEREMPUAN JOGET ISTANA . SESUAI..