fbpx

“Selagi Tak Umum Kahwin, Selagi Itu Lelaki Boleh Kenal”

Mempunyai hubungan rapat dengan penyanyi Hael Husaini dan sering memuat naik gambar bersama, ramai peminat mendoakan pasangan kegemaran yang turut disapa Haeyang iaitu Hael dan Dayang Nurfaizah benar-benar naik pelamin bersama.

Namun Dayang memberitahu mana-mana lelaki boleh berkenalan dengannya selagi dia belum mengumumkan dirinya bakal berkahwin.

BACA: “Serah Soal Jodoh Dengan Dayang Pada Tuhan”

“Saya akui memang hubungan saya dengan Hael sangat rapat dan saya selesa bersama dengan dia. Tapi kami tidak ada hubungan istimewa tapi hanya sahabat baik.

“Jadi jangan takut untuk dekati saya, bukannya saya makan orang pun. Selagi saya tak cakap esok nak kahwin, selagi itu masih boleh lagi untuk mana-mana lelaki nak kenal dengan saya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dayang memberitahu, dia tidak menjangkakan hubungannya dengan Hael di masa hadapan dan mengharapkap peminat doakan yang baik-baik sahaja. Kata Dayang lagi, dia selesa di samping Hael dan saling melengkapi di atas pentas.

“Seperti yang saya akui memang kami rapat dan sekarang ini saya selesa dengan dia sebagai rakan duet tapi untuk di masa hadapan itu tak tahu la kan. Doa saja yang baik-baik.

“Sejujurnya Hael selalu buat saya senang dan selain muzik, boleh berborak kosong dengan dia pun rasa seronok. Boleh dikatakan kami saling melengkapi atas pentas dan menyanyi,” ujarnya.