Mengakui Dayang Nurfaizah merupakan wanita paling rapat dengannya sekarang, Hael Husaini menyerahkan jodoh mereka kepada Tuhan apabila ramai peminat mengharapkan pasangan ini ke jinjang pelamin.

BACA: Peminat Doa Hael Hussaini & Dayang Nurfaizah Kahwin


“Dia antara orang yang rapat dengan saya. Kami kerap berjumpa dan kebanyakan perjumpaan adalah untuk berbincang mengenai kerja. Kahwin ini satu doa dan saya serahkan soal jodoh kepada Allah”

“Kalau mereka (peminat) doakan, saya aminkan. Selagi benda ini baik, saya okey. Saya memang pernah taksub dengan Dayang dan apabila dapat bekerjasama, ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan”

Bercerita mengenai tanda pagar #HaeYang yang digelarkan oleh peminat, Hael menganggap ciptaan nama tersebut sebagai pengharagaan buatnya apabila peminat gemar dengan gandingan mereka berdua.



“Bila dapat bekerjasama dengannya, tentunya saya sangat menjaga hubungan ini secara profesional. Sebenarnya, tanda pagar ini dicipta bukan dirancang. Kalau tanya perasaan saya, lebih kepada rasa terharu,” jelasnya.

Terdahulu Hael telah memuat naik gambar bersama Dayang dan anak angkatnya berserta dengan baju raya sedondon. Melihatkan gambar itu, ramai mengharapkan pasangan itu akan berkahwin. (rtky/w)