fbpx

“Seksi Itu Subjektif, Saya Hanya Nak Jadi Diri Sendiri”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Nora Danish yang dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto ‘daring’ ketika bercuti di pulau Langkawi.

Susulan itu, Nora bertindak menutup ruangan komen Instagram miliknya. Namun Nora membuka semula ruangan komen sebaik berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

BACA: Nora Danish Bangga Jadi Tikus Makmal, Harap Boleh Melancong Lagi

Mengulas mengenai penampilannya yang dikatakan ‘daring’, Nora menyifatkan perkataan seksi cukup subjektif buatnya dan dia hanya mahu menjadi diri sendiri.

“Perkataan seksi sangat subjektif. Ada kala apabila nampak kereta ‘sport’ melintas di depan mata, secara spontan terlintas dalam fikiran seksinya, sambil memuji reka bentuk.

“Apa yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.

“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang asyik nak kecam, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, ramai mengecam penampilan Nora ketika bercuti di Langkawi yang dilihat agak seksi dan dikatakan tidak sesuai sebagai seorang yang beragama Islam.