fbpx

Nora Danish Bangga Jadi Tikus Makmal, Harap Boleh Melancong Lagi

Antara pelancong terawal ke pulau Langkawi selepas dibuka pada 16 September lalu, pelakon Nora Danish mengakui bertuah meskipun dijadikan sebagai ‘tikus makmal’.

Malah, Nora turut meluahkan rasa syukur apabila tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan membabitkan pelancong di Langkawi baru-baru ini.

BACA: Balik Dari Percutian ‘Daring’, Nora Danish Buka Semula Komen IG

Dalam pada itu, Nora turut berhadap agar tempat-tempat pelancongan lain turut dibuka serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Alhamdullilah, kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain di buka. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Insta story itu, Nora turut memuat naik paparan laporan berita mengenai tiada kes positif Covid-19 melibatkan pelancong ke Langkawi.

Terdahulu, Nora dikecam oleh netizen selepas memuat naik foto ‘daring’ ketika bercuti di pulau Langkawi sehingga bertindak menutup ruangan komen.