‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Live, Hattan Tak Minat Nak Ulas
Sejak semalam hangat diperkatakan kontroversi melibatkan penyanyi Datuk Hattan yang dikatakan ‘menyekolahkan’ pembaca berita ketika siaran langsung sehingga dikecam teruk oleh netizen.
Mungkin pelbagai kecaman diterima susulan isu tersebut, Hattan dilihat telah pun menetapkan akaun Instagram miliknya kepada mode privasi.
BACA: “Tinggi Macam Mana Pun, Tapi Kita Guriskan Hati Ibu, Baik Pergi Minta Ampun” – Hattan
Sementara itu, memetik mStar Online, Hattan ketika dihubungi memberitahu tidak berminat untuk memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
“Not interested,” katanya ringkas kepada mStar Online.
Dalam pada itu, pembaca berita Astro Awani iaitu Nur Syazwani Saiful Sham juga enggan mengulas panjang isu berkenaan dan berharap orang ramai memahami.
“Saya minta maaf, saya tidak boleh ulas apa-apa berkenaan perkara itu, harap memahami,” katanya.
Terdahulu, Hattan menempelak penyampai berita, Nur Syazwani kerana gagal menjawab dengan tepat pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.
Bagaimanapun, penyampai berita itu dilihat tetap tenang dan profesional berdepan situasi tidak dijangka. Namun, lebih mengejutkan apabila Hattan terus menamatkan panggilan selepas penyampai berita itu mengucapkan terima kasih.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau dah salah tu, minta maaf jelah… ego betul! Adab mana?
Lerr orang punya la nak dengar story from the other side.
Ini salah satu masalah di Malaysia.
Gelaran Datuk begitu mudah di berikan.
Sehinggakan yg jenis HAMLAU, HAPRAK pun dapat gelaran.
Antara contoh, si beruk Hattan sekor ni.
Nak sekolahkan orang?? Akibatnya, punya TERUK kena pukul kat social media. Sampai trauma. Nak jawab balik pun jadi takut.
Ambik ko! HAHAHA!
Terus jatuh terduduk Hattan. Jelas tak beradab.
Aku masih ingat hattan ketika belum jd dato kuar tv3 dlm satu rancangan hiburan bilamana soalan yg diutarakan kpdnya ialah lebih kurang ” jika 5 ekor burung hinggap didahan, 3 drp burung itu jatuh ditembak, brp burung yg tinggal? Dengan angkuh dan sombong hattan jawab ” anak kecil aku pun tahu dgn jawapan yg mudah ni, 2 lah “. Keh Keh Keh itulah hattan yg perasan dia bagus, lemau adalah.