Gambar Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Aliff Aziz & Bella Astilla
Setelah selesai melangsungkan majlis pernikahan pada tengahari semalam, pasangan Aliff Aziz dan Bella Astilla meneruskan majlis resepsi mereka pada sebelah malam pula yang diadakan dengan cukup meriah di di Menara Top Glove, Setia Alam. Pasangan bahagia itu turut diraikan dengan kira-kira 1,000 tetamu yang hadir menyaksikan hari bahagia mereka.
BACA: Aliff Aziz Dan Bella Astillah Kini Bergelar Suami Isteri
Majlis resepsi yang bertemakan English Royalty itu kelihatan begitu mewah sekali apabila Aliff hadir lengkap memakai sut berwarna biru seperti orang kenamaan, manakala Bella pula kelihatan begitu anggun sekali mengenakan gaun putih bak puteri. Manakala dekorasi pelamin pula cantik sekali dipenuhi dengan bunga berwarna putih dan hiasan lain yang berwarna emas.
“Sebenarnya macam tidak percaya sudah bergelar suami orang, sebab masih sibuk dengan urusan resepsi kami pula. Buat masa ini saya tidak merancang untuk mengadakan majlis di Singapura. Tetapi akan membawa pulang isteri saya ke sana untuk bertemu dengan keluarga,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perancangan mereka selepas berkahwin.
Terdahulu, Aliff dan juga isterinya Bella telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam semalam. Pada majlis itu pengantin perempuan telah menerima mas kahwin RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Sementara itu, diatas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran mereka dirahsiakan. (rkty/w)
Gambar Ihsan: @zakustudio / @republicofmemories / @rbcinfinite / @cinestylesingapore
Wow meriahnya… http://www.gerobokbuku.com/
cantik busana pengantin, Such a grand wedding.. congrats.
Hope it lasts forever. Tapi looking at this Aliff guy…hmm tak tau lah. He seem too young to settle with just one woman…bangsa cepat boring ngan pompuan. Fact.
True. Masa shooting cerita ******** pun aliff cinlok dekat set. Bella ni bodoh je mengikut. Yela gambar semua cium cium macam tak tahan nak romen, kalau cancel kawin malu lah.
Diri sendiri tak tertanggung kini nk tanggung anak org. Memang tiada majlis di spura sbb ‘takde dollar’. Hantaran pun rahsia. Maskawin pathetic betul…buat malu SPORE (Rm$333 = sgd$112 je). Sengkek betul. Tahniah pada famili aliff, takziah pada famili isteri
Tgk ler wedding diorg,kan grand tuu..klu xder duit byk xkn leh wt cmtu
Kenduri di bkt jelutong family prempuan yg tanggung. Aliff bnyk job ke?
Ehhhh…ingatkan dia yang tanggung, patut lah rahsiakan eh hantaran berapa…bawa anak orang tu ke hulu ke hilir last2 famili perempuan yang tanggung..class ko aliff
Rahsiakan hantaran sebab tak ada duit lah uols!!! Mas kahwin 333 je hahaha
Eh ms bila pulak pihk pompuan nk bt kenduri kawen lelaki yg kena tanggung??da kau yg nk bt mjlis ribu2 ko nk suh menantu kau yg tanggung kenduri..perghh…patutlah ramai psgn bercinta xkawen g sbb lelaki pening dok pk mna nk cr duit nk taggung knduri ank pompuan kau…klu nk kt hntrn tu wajib dlm islam yg wajib mas kawen je oii…hntrn tu ikut pihk lelaki nk bg bpe yg dia mampu..
yg kawin grand pun belum tentu kekal….kecik besar kawin jugak…janji dorang dah nikah
Bnyk sgt la pihak ppuan yg tnggug l..hrpkn sponsor bleh laa ..mak bella tu jgn drama sgt ye ..jgn riak klo stakat ank n menantu tu artis sendu …btw ..cua cek maykad mak bella tu ..haaa