Aliff Aziz, Bella Astillah Selamat Diijabkabul
Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Aliff Aziz dan juga isterinya Bella Astillah kerana telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan Grand Nikah Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam, lapor BH Online.
BACA: Bakal Nikah Selepas Aidilfitri, Aliff Aziz Tak Harap Tajaan
Pada majlis tersebut juga, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. sementara atas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Majlis resepsi yang bertemakan English Royalty tersebut akan diadakan di Menara Top Glove, Setia Alam pada sebelah malam dan dijangkakan kira-kira 1,000 tetamu akan hadir.
Memetik temubual portal The New Paper, kisah percintaan pasangan ini sememangnya mencabar kerana pada awalnya ibu Bella tidak berkenan dengan Aliff Aziz malah turut tidak mempercayai Aliff. Bagaimanapun, kesungguhan Aliff berubah kepada yang lebih baik membuatkan pasangan ini akhirnya sah bergelar suami isteri.
“Ibu pada mulanya tidak berminat dengan dia. Ibu tahu sejarah Aliff dan beritahu saya bahawa dia tidak percayakan Aliff. Kadang-kadang tengok pun tak nak. Ia agak sukar tetapi rasanya sekarang ibu akhirnya dapat melihat keikhlasan dari Aliff sendiri,” jelas Bella kepada portal berkenaan.
Sementara itu bagi Aliff pula, dia bersyukur dengan kehadiran Bella di dalam hidupnya kerana telah banyak perkara yang telah berubah. Malah penyanyi turut menyatakan bahawa antara sebab dia dilahirkan adalah untuk dipertemukan jodohnya bersama Bella.
Apa pun, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Kami kongsikan beberapa keping gambar menarik buat anda sepanjang majlis pernikahan dan juga majlis berinai pada malam sebelumnya. Enjoice! (rtky/s)
Gambar Ihsan: @zakustudio / @republicofmemories / @rbcinfinite / @cinestylesingapore
“Sementara itu bagi Aliff pula, dia bersyukur dengan kehadiran Bella di dalam hidupnya kerana telah banyak perkara yang telah berubah. Malah penyanyi turut menyatakan bahawa antara sebab dia dilahirkan adalah untuk dipertemukan jodohnya bersama Bella.”
ohh my so sweet nye Aliff. untung lah Bella dpt Aliff, hensem, tinggi, sweet and hopefully dpt membimbing Bella.
semoga kekal sampai bila bila!
oh mak kau penari pompuan bju hijau tu. peruttt..!
aku respect dgn bella ni sbb berisiko ga amik kputusan untuk kwin dgn bekas playboy ni sbb tkt myesal pda msa hadapan. sbb klu aku blm tntu aku berani amik risiko. apa2pun, tahniah Bella &alif. moga bkekalan till jannah!
Betul tu nong. Akak setuju.
boleh buat novel…tundukan playboy ..hehe..anyway ..congrats alif
time to kocok haha..
selamat yer semua
anak confirm jongang sejongang jongang jongang nya. muka anak confirm rup mynmar ah soh jual sayur pakai topi. Bella tu x cantik lngung.
dia tak cntik ke,ape ke,at least dia dah bkahwin&ada org nakkan dia. kau? kau pulak takde kerja lain selain memaki org. lifeless
Perfume murah….. http://goo.gl/cl4ynd
pengantin kecik molek. Pengantin tinggi handsome.
Hmmm…kesian nasib anak dia kat sg sana nun…jangan lupa tanggung jawab you aliff…anyway semoga berkekalan sehingga ke jannah
alif ade anak kat spore ke ?? oppsss
Tuan punya badan sendiri juga yang tahu
Im curious yg sambut anak alif masa baru lahir sbb tu dia tau….
Tahniah selamat pengantin baru…. http://www.gerobokbuku.com/
Visit Instagram silver_photo_malaysia for more photos
aliff Aziz ada anak kt sg?biar btl..berat tuduhan tu..silap hari bulan jatuh Fitnah.Awak pasti ke?
Congrats Aliff .. After 9 years i became your fan finally you find your real soulmate
Selamat pengantin baru aliff aziz dan bella astillah..Tahniah aliff aziz..aliff aziz ni handsome dalam drama meh sandar pada aku..