fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Alif Satar & Sha Dila

Kami tidak menerbitkan artikel untuk majlis pernikahan penyanyi ini pada 15 September yang lalu & seadilnya untuk kami disini berikan liputan untuk resepsi perkahwinan Alif Satar dan pasangannya, Sha Dila yang telah berlangsung di Marina Putrajaya hujung minggu lalu.

“Sudahlah Bersara Tanpa Simpanan, Kerja Fast Food Pun Kena Buang Kerana Boikot”

"Minta maaf Pak Tam, outlet kita kena tutup hujung bulan ni sebab sales makin kurang," itulah kata kata yang meremukkan hati Rustam Ramli, 61 tahun atau lebih senang dipanggil Pak Tam dikalangan rakan sekerjanya yang...

Baca Lagi

BACA: Alif Satar, Sha Dila Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz (ext.)

Portal Murai melaporkan yang majlis ini dilangsungkan dalam suasana penuh santai & juga meriah selain turut dihadiri oleh kaum keluarga, rakan terdekat dan juga rakan rakan artis seperti Aznil Hj, Nawawi, Tomok, Erin Malik, Shahrol Shiro dan ramai lagi.

Pada majlis itu juga, Alif Satar turut menyampaikan sebuah lagu kegemaran isterinya iaitu Kaulah Segalanya sebagai kejutan buat isteri tersayang. Sha terus mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kejutan oleh suaminya itu.

Majlis resepsi sebelah perempuan turut diadakan pada sebelah siang di lokasi yang sama & majlis pada sebelah malam itu tamat sekitar 11.00 malam selepas tetamu menjamu selera dan turut mengambil kesempatan merakamkan detik bahagia itu bersama pengantin baru.

Berikut beberapa keping gambar sekitar resepsi perkahwinan Alif Satar dan Sha Dila yang sempat dirakamkan oleh lensa Murai dan beberapa akaun sosial di Instagram. (rtky/m)