fbpx

Sekitar Percutian Aaisyah Dhia Rana Ke Eropah

Jika sebelum ini pada ulangtahun kelahirannya yang kedua, Che Ta gagal membawa Aaisyah bercuti ke luar negara kerana masalah bayaran cukai, nampaknya pada tahun ini keluarga ini melangsaikan kembali perjalanan bagi meraikan hari lahir Aaisyah Dhia Rana yang ketiga.

BACA: Gambar Sekitar Birthday Aaisyah Dhia Rana

Menurut Che Ta, dia bersyukur kerana pada ulangtahun kelahiran Aaisyah pada kali ini dia berpeluang meluangkan masa bersama keluarganya. Apa pun sebelum berlepas ke Eropah, Che Ta juga sudah melangsaikan rakaman penggambaran.

“Akhirnya dapat juga bawa Aaisyah bercuti ke luar negara sempena ulang tahun kelahirannya. Tahun lalu hasrat berkenaan tidak menjadi apabila saya disekat daripada ke luar negara akibat masalah tunggakan cukai”

“Seperti saya jelaskan sebelum ini, bukannya saya tak bayar, cuma pada tahun lalu pembayarannya tidak konsisten seperti selalu,” katanya kepada BH Online.