fbpx

Sekitar Majlis Resepsi Pertama Perkahwinan ElFaris

Selesai sudah majlis pernikahan Elfira Loy dan suami, Faris Khairol pada awal Januari lalu, semalam telah berlangsung pula majlis resepsi pertama pasangan ini yang diadakan besar-besaran seperti Cinderella bertemu putera rajanya!

BACA: “Kerana Cinta Yang Mati, Aku Temui Cinta Sejati”

Majlis persandingan yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) itu, telah menyaksikan dua cinta sejati bersatu dengan mata netizen banyak tertumpu kepada gaun bak Cinderella yang digayakan Elfira.

Tidak kurangnya majlis yang cukup gah yang dihiasi lampu dikeliling ruang utama pasangan itu ketika menari bersama. Faris juga tidak kurang segak memakai suit berona putih sedondon dengan Elfira.

Tidak ketinggalan rakan artis seperti Rozita Che Wan dan suami, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya serta ramai lagi memeriahkan majlis tersebut. Dengan ini kongsikan beberapa gambar disekitar majlis persandingan pasangan ini. Enjoice! (rtky/w)