fbpx

“Kerana Cinta Yang Mati, Aku Temui Cinta Sejati”

Pernah gagal dalam percintaan sebelum ini, tidak menghalang Elfira Loy mencari cinta sejati. Baru sahaja melayari kehidupan suami isteri, Elfira menulis bait-bait romantis tentang perasaanya kini kepada suami.

BACA: Elfira Loy Gadis Idaman Faris Sejak 5 Tahun Lalu

“Kerana cinta yang mati , aku telah menemui cinta yang sejati. Inilah saat yang kunanti , cinta yang ingin ku bawa hingga ke syurga dan bukan saja duniawi,” tulisnya buat suami tersayang menerusi Instagram.

Jelas kelihatan kebahagiaan terpancar dimata Elfira ketika berada di sisi suami. Ternyata pengalaman cinta sebelum ini tidak mematahkan semangat Elfira untuk menemui ‘soulmate’ hatinya buat selamanya.

Terdahulu rakan baik Faris Khairol mendedahkan rupa-rupanya Elfira telah menjadi wanita idamannya sejak lima tahun lalu. Siapa sangka wanita idamannya kini sudah sah menjadi isteri. Tahniah sekali lagi buat pasangan ini! (rtky/w)