Selepas sebulan diijabkabulkan pada 1 September lalu, semalam berlangsung majlis resepsi pasangan Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana dengan penuh meriah bertemakan Fairytale.

Berbeza dengan majlis persandingan yang lain, seramai 6,000 jemputan menyaksikan pasangan pengantin lengkap dengan gimik pembukaan.

BACA: Nadzmi, Ardell Bakal Berbulan Madu Di Mekah

Tidak kurangnya majlis yang cukup gah yang dihiasi lampu dikeliling ruang utama. Nadzmi juga tidak kurang segak memakai suit berona putih sedondon dengan Ardell persis puteri dari kayangan.

Kedua-dua mempelai kelihatan sangat bahagia dan tidak lagi menggigil seperti di majlis pernikahan sebelum ini.

Lapan tahun berkawan baik, Nadzmi dan Ardell selamat diijabkabulkan pada 1 September dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor.