Baru saja mendirikan rumah tangga pada awal September lalu, Nadzmi Adhwa tidak sabar untuk menunaikan ibadah Umrah bersama isterinya, Ardell Aryana hujung tahun ini.

Nadzmi berkata dia dan isteri bersepakat memilih Tanah Suci, Mekah sebagai destinasi pertama selepas bergelar suami isteri. Ujarnya lagi, dia berdoa agar segala urusan untuk ke Tanah Suci dipermudahkan.

BACA: Jaga Hati Isteri, Nazdmi Tak Mahu Sentuh Wanita Lain

“Tidak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Mekah buat kali pertama lebih-lebih lagi bersama isteri tercinta dan keluarga tersayang.

“Susah saya nak gambarkan perasaan teruja ini, tapi saya selalu berdoa agar urusan ke Tanah Suci dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo!

Kata Nadzmi lagi, mereka akan bertolak ke Tanah Suci selepas Ardell pulang dari misi kemanusiaan ke Yaman selama sebulan bermula Oktober depan.

Lapan tahun berkawan baik, Nadzmi dan Ardell selamat diijabkabulkan pada 1 September dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor.