fbpx

Netizen Puji Mentua Zarina Anjoulie Tak Nilai Menantu

Sekian lama memegang status ibu tunggal anak satu, akhirnya pelakon kontroversi Zarina Anjoulie selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas pada Jumaat lalu.

Meskipun agak lambat berkongsikan foto hati bahagianya, namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah foto keluarga mentua Zarina. Rata-rata netizen memuji ibu bapa Eilyas yang ‘Islamik’ tetapi tidak memilih menantu.

BACA: Zarina Anjoulie Selamat Bernikah Dengan Kekasih Hati

Malah, ramai yang mengatakan Zarina sangat bertuah memiliki ibu bapa mentua dikalangan mereka yang baik-baik dan tidak menilai orang berdasarkan luaran sahaja.

https://www.instagram.com/p/CC2-VvmM397/?utm_source=ig_embed

Menerusi perkongsian itu, Zarina turut meluahkan rasa syukur dikurniakan ibu bapa mentua yang baik dan sangat sayangkan mereka.

“Saya sayangkan keluarga saya. Terima kasih banyak-banyak dan Alhamdulillah. Saya sayang ibu bapa mertua saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon itu dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke jannah.

Zarina pernah berkahwin dengan lelaki dari Brunei pada tahun 2015, namun bercerai setahun selepas mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra.