fbpx

Di Sekitar Majlis Pernikahan Fattah Amin & Fazura

Yang dinantikan oleh para peminat kini sudah tiba. Pasangan pengantin baru yang menjadi bualan ramai sejak 24 jam yang lalu, Fattah Amin & Nur Fazura akhirnya berkongsi detik indah sekitar majlis pernikahan mereka yang berlangsung semalam.

Dalam tiga buah video yang dimuatnaik di Instagram, Fattah Amin & Fazura kelihatan cantik sepadan dalam rona putih dalam majlis pernikahan yang difahamkan berlangsung di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

BACA: JAWI Sahkan Fattah, Fazura Kahwin Dengan Cara Betul

Rata rata para peminat menyambut baik pernikahan Fattah Amin & Fazura selain mendoakan pasangan ini untuk kekal selamanya — ada juga yang tidak sabar mahu lihat cahayamata mereka kelak. Amboi.

Cakap banyak pun tiada guna, berikut beberapa keping gambar yang kami sempat ambil dari video yang dikongsikan. Tahniah buat Fattah Amin & Fazura yang kini sudah melangkah ke alam baru. (rtky/m)