fbpx

Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Keempat Aliff Syukri

Baru saja menimang cahaya mata keempat tempoh hari, Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida telah mengadakan majlis aqiqah buat anak keempat mereka itu, Yusoff Al-Qardawi yang bertempat di istana milik usahawan itu.

BACA: Aliff Syukri Mohon Maaf Kongsi Video Isteri Bersalin

Majlis yang ditata rias khas dari Rizalman untuk bilik Yusof itu memang tampak mewah sekali, ditambah dengan hiasan bilik anak kecil itu bak diraja. Bertemakan warna biru, Aliff juga turut mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Turut sama memeriahkan majlis cukur jambul usahawan itu, selebriti tanah air seperti Fasha Sandha yang memang rapat dengan Aliff. Selain itu dilihat juga Norman Hakim dan isteri yang sama hadir.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis cukur jambul anak pasangan ini. Enjoice! (rtky/w)