fbpx

Aliff Syukri Mohon Maaf Kongsi Video Isteri Bersalin

Menerusi perkongsian Datuk Aliff Syukri berkenaan video isterinya yang sedang bersalin semalam, ada pihak tidak senang ianya dimuat naik untuk tatapan umum. Menyedari perkara itu, Aliff memohon maaf kepada semua pihak mengenainya.

BACA: Aliff Syukri Simpati Isteri Bekas PM Dikecam Netizen

Permohonan maaf itu ditulis menerusi akaun Instagram beliau, dengan menjelaskan niatnya hanya untuk berkongsi susah payah seorang isteri melahirkan anak agar para suami lebih menghargai pengorbanan mereka.

Jelasnya lagi, beliau akui tidak dapat memuaskan hati semua pihak namun apa yang dikongsikannya hanyalah pendapat beliau sendiri. Pun begitu beliau juga menghormati pandangan orang lain dan berharap hal ini tidak berlarutan.

Terdahulu pengacara, Faizal Ismail menyatakan pendapatnya yang tidak bersetuju tindakan sesetengah individu memuat naik video isteri yang sedang sakit bersalin. Menurut Faizal, ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Tidak pasti sam ada Faizal menyindir Aliff atau tidak, tapi dalam hidup ini memang mustahil untuk puaskan hati semua pihak. Dengan ini kami kongsikan video detik isteri Aliff bertarung nyawa melahirkan anak. (rtky/w)